Friday, January 17, 2014

Pengalaman kerja sebagai call centre

Assalamualaikum..


hari ni tetiba aku rasa macam nak update pasal pengalaman aku kerja dekat call centre dulu tahun 2012 aku pernah berkerja dekat sebuah syarikat call center dekat jalan ipoh k.l tugas aku kat sana kena call orang hari-hari dan setiap masa untuk mintak diaorang bayar bil siaran TV dorang,
(A****)


Waktu aku berkerja dekat sana macam-macam perangai manusia yang aku kena hadap tapi kebanyakan yang aku call semua jenis yang kurang hajar and biadab nak dapat yang bersopan santun susah sekali, ada pulak jenis yang dah berjanji tapi tak tunaikan contohnya aku mintak dia bayar dalam minggu yang aku call tu untuk elakkan daripada kene potong atau kena denda lepas tu dorang janji nak bayar tapi tak bayar-bayar




Walaupun dorang menipu tapi kitorang ada rekod yang dorang cakap dorang nak bayar semua tu so kalau dorang dah janji cakap nak bayar memang dorang kenalah bayar kalau tidak kitorang akan call,call dan call lagi, kalau rasa memang tak boleh bayar or tak nak bayar jangan janji nak bayar tapi bagi tahu la masalah korang tu so senanglah pekerja call centre tu update masalah korang kat system

Ni meja aku, meja aku depan bilik bos.huhu nak main fon pun tak boleh =p


paling aku tak boleh tahan sekali aku pernah kena maki dengan sorang mahluk Allah ni macam biasalah aku call lepas tu aku siap bagi salam bebaik lagi


aku : Cik dah buat bayaran A**** ke?
Cust: "Kau tak boleh cakap baik-baik ke? ko ingat A*** tu syarikat BAPAK kau?!!"


PErrrrrrrrhh~~~~ kurang hajau betol minah ni aku cakap ko.waktu ni aku punya dada berdebar-debar rasa nak maki dia balik, so waktu rehat aku pegi call dia dekat public fon pastu maki dia balik haha



Kepada korang yang penah dapat panggilan daripada call centre di galakanlah supaya cakap baik-baik jangan kurang ajar sangat kitorang ada details korang katakanlah yang keje kat call centre tu jenis orang yang samseng or berdendam tak pasal-pasal dia pegi rumah korang bakar kang..
Nak macam tu? kalau tak nak gunakan lah bahasa yang sopan sikit, kalau yg si call centre ni memaksa sangat-sangat barulah korang naik angin.


muka baru lepas kena maki hahaha...


call centre ni ada dua jenis satu yg promote-promote siaran satu lagi macam aku la call untuk mintak hutang hehe.so kalau dah namanya mintak hutang memang orang akan lari dan bagi seribu satu alasan, paling aku tak suka sekali bila sampai giliran aku kena call orang KL,Shah Alam,Petaling Jaya dengan Putrajaya.. Fuhhh.. 


orang kawasan yang aku sebut ni memang nampak macam orang educated tapi biadap tak ingat!  bajet bagus je tapi kesian waktu pasang dulu tak nak baca kontrak bebtol lepas tu bill naik mulalah salahkan orang. siap nak saman-saman



Aku ingat lagi waktu tahap kesabaran di cabar oleh sorang mahluk ni dia ni ada masalah apa tah aku tak ingat tapi tak silap aku dia dah pindah rumah tapi piring A**** tu dia tinggalkan so dia tak nak bayar la sebab tak guna, yang aku ni pun terangkan la kenapa dia kena bayar  then dia jerit "EH! kau ni baik aku cakap dengan monyet la tak paham bahasaaa ke aku cakap ape. bodoh la korang ni! aku tak nak bayar!! tak nak bayar la!!" Aku dengan macam tu kau ingat aku boleh sabar? haishhh mulalah hangin aku naik lepas tu aku jerit!! sampai satu office terkejut aku cakap "Eh x boleh cakap baik-baik sikit ke!!" aku jerit sekuat hati lepas tu aku letak ganggang telipon tu hahahahah.

muka-muka yang selalu kena marah dengan customer, tapi dorang ni jenis berani kalau kena marah dorang lawan balik, kalau aku kena marah aku sabar je tapi kalau dapt yang jenis biadap memang aku biadap balik la hihi



so tu jela aku nak cerita pasal pengalaman aku, harap-harap korang yang selalu kena call dengan pihak call centre cakap bebaik la pasni dorang pun ada perasaan gak dorang cuma berkeja je yang buat syarat-syarat semua tu bos dan orang-orang besar yang call tu just pekeje biasa jer. Tapi walupun dorang keje biasa-biasa korang tak da hak la nak hina dorang ,hmm btw aku penah kena hina orang yang aku call tu cakap "kesian an korang keje macam ni tak ada masa depan tak bosan ke call orang hari-hari mintak hutang" aku senyapkan ajo sebab malas nk gado lepas tu tukar topik sebab aku sakit hati dengar dia cakap macam tu, padahal dia tak tau aku lagi kesian kat dia sebab tak reti bayar hutang hahah SEDIH!~ 


3 comments:

  1. Assalamualaikum. Sy syida.. nak minta pendapat awk memandangkan awk ada pengalaman kerja sebagai customer services kan. Sy ada interview kerja customer services dan sy dpat. Tarikh lapor diri 12june nie.. lagi satu sy dapat tawaran admin assistant.. tarikh lapor diri 12june.. same date, sekarang sy nk tanya kerja customer services nie bagi awk okay ke tak ? Susah ke kerja ye ? Setahu sy rotate shift kan kerja customer services nie..

    ReplyDelete
  2. Boleh ke kalau balas balik utk cust yg krang ajar dlm scop kja ni? Sy nk mohon kja ni sbb tu tnya.. Hehhe

    ReplyDelete
  3. Sekarang awak kerja apa? PLease response..

    ReplyDelete