Tuesday, August 5, 2014

E-Day Firdaus & Shyla (Firyla) Part 1

Wehuuuu~~
Hai blog lama dah tak menghudate penat je aku cantikkan blog ni haritu tapi biarkan bersawang jer. wokeyh terus ke titik (stright to the point) aku nk bercerita pasal perjalanan aku bertunang pada 2.8.2014 haritu..so sementara otak aku masih boleh ingat peristiwa-peristiwa waktu aku nk tunang aritu so baik aku start update sekarang..ok bersedialah utk membaca kisah berjela aku hehe..



CLASH SEBELUM TUNANG
sebenarnya selepas aku join usrah aku dah di brain wash dekat sana jadinya lepas balik daripada usrah tu aku terus mintak clash ngn chaus.. 

Waktu ni aku pn dh jarang-jarang msg dia kononnya tak nak menghampiri zina sebab tu la aku mintak putus.. then selepas putus tetiba 2-3 hari lepas clash tu Firdaus terus mintak izin dekat mak ayah dia utk bernikah dengan aku..

Masa ni aku agak mak ayah dia takkan setuju dengan hajat kami tapi... tetiba aku dapat berita gembira yang ayah dia setuju kalau dia nk kawin walaupun pada waktu ni kitorang belum habis study lagi..Alhamdulillah first step berjaya :)

HALANGAN
ok lepas dah berjaya pujuk hati mak ayah Firdaus now turn aku bagitahu hajat kami dekat mak aku pulak...then terdapat sedikit kekeliruan yg membuatkan benda jadi susah... 


Pum..pam..pum.pam dah macam tak jadi dah nk nikah aku pun macam dah tawar hati. Bila dah jadi mcm ni mood aku pun tak berapa nak betul rasa benci dengan semua orang sbab menghalang and tak faham tujuan kami..


Tapi aku faham la kenapa dorang tak kasi..mybe sebab kitorang ni student tak keje lagi..bla...bla..bla bagi dorang duit tu penentu masa depan..


YES!! aku faham semua tu tapi keputusan saya muktamad YANG ARIF dan saya tak nak guna duit mak apak pun dalam majlis ni dan sebab itulah juga tertubuhnya Firyla Hijab  dan sebab Firyla Hijab kami mampu buat majlis tu..tapi bukan la duit kami 100% ada gak duit sumbangan daripada mak ayah jugek huhuhuh




PERSETUJUAN BERSAMA

Then selepas halangan demi halangan aku dan firdaus pasrah jela dengan semua keputusan mak aku dan mak dia...then tetiba mak aku jumpa firdaus personal tanpa aku ikut..then dorang berdua je berbincang pasal tunang...

Ikutkan kami berdua memang tak nak bertunang sebab tak nak membazir and tak nak ada masalah kewangan tapi dah syarat mak aku kalau nak kawin kena tunang so aku pun layankan sajo...huhuh (kalau x tak dapat kawin acane? haaahaha) 

Lepas firdaus dgn mak aku berbincang mak aku pulak pegi berjumpa mak ayah firdaus time tu dorang jumpa dekat melaka..aku tak ikut..ni kira merisik gak kot tp kosong tak bawak pape just bicang je pasal majlis tunang..



BERTUNANG

Waktu bertunang ni Perhhhh!! Dugaan demi dugaan datang. Boleh pulek last minit org buat pelamin aku cancle waktu ni dah la hari raya so nk cari tukang buat pelamin mmg payah gilerrrr nk DIY pun susah tp alhamdulillah last-last jumpa jugak nasib aku baik la kot ada org nk tolong buat pelamin time hari raya walaupun tak macam aku nak tp kira ok la ada gak pelamin ^_^ . 

Then ada la bebenda yg temeh remeh yg buat aku stress seperti tak jumpa kerusi pelamin....pastu kemah tak jumpa then takut makanan tak cukup and so on.. :(  

Btw org yg sepatutnya buat kemah ngn pelamin aku tu org yg sama so bila dah cancle buat pelamin dengan canopy sekali la dia tak leh pasang hmmmm benggang aku!! dah tahu tak boleh pasang kenapa setuju time awal-awal an?!

Aku dah plan benda kawin-kawin ni dah lama and dah sangat terperinci so bila tiba masa hari langsung aku nak apa yang aku nak tu ada and jadi sebijik mcm aku idamkan tu yg semua orang aku kerah suruh penuhi impian aku..hahahah kejam!! tapi sape suruh aku tunang kans...so kena la ikut ckp aku pulek :p 



MAJLIS
2.8.2014 aku rasa semua ok je..walaupun aku ada sedikit tak berpuas hati sini dan sana tapi bila aku tengok gambar semua nampak lawa..soooo aku pun happy hehe...tapi sampai sekarang aku masih tak sangka aku dah bertunang...kawan-kawan pun sama ramai komen yg cakap macam tak percaya and terkejut...sebab tetiba je ak bertunang hiihi yela kecoh-kecoh nak kemana an dah tunang baru kecoh :p 
ok tu je nk cer nanti aku sambung pasal persiapan aku pulak tata ^_^

Ps: aku tak suka panggil Firdaus tu EN Tunang ewww pls la tunang sudah tak yah ber Encik-encik sgt lerr