Friday, January 17, 2014

Ragam Manusia Dalam Alam Maya.

Assalamualikum...


Waktu sekarang menunjukan tepat pada waktu 1.41 pagi, mata tak boleh tidur jadinya aku update-update status kat moment pasal diri aku, kononnya motivasi la heheheh aku memang macam tu suka tulis pasal diri sendiri dekat status and suka tulis ikot sesedap rasa sampai tak terfikir pun ada orang yang akan terasa, heheheh itulah aku dulu dan kini..





Tapi aku rasa aku kena berubahlah tak payah la nak update-update sangat status sebabnya kadang-kadang status yang aku tulis tu tuju kat orang lain orang lain terasa benda macam ni selalu yang terasanya mesti Kuyah kalau dulu Wirda  yang kuat terasa hehe aku pun tak tau kenapa dorang dua ni suka terasa dengan statement aku. Padahal selalu aku tulis pasal diri aku and orang-orang yang lain mybe ada kene mengena dengan dorang aku tak sure la..

sekadar gambar hiasan


Satu lagi aku perasan kadang-kadang orang ni dekat luar perangai dia lain dekat dalam laman sosial perangai dia lain. Contohnya kat FB dia macam periang macam friendly sangat tapi bila jumpa kat luar kemain diam lagi tapi yang paling aku tak suka jenis yang post-post pasal agama tapi kat luar sembahyang pun entah kemana. Emm aku harap aku tak tergolong dalam golongan orang yang munafik macam ni.


Lagi satu golongan yang aku perasan kat alam maya ni. jenis yang suka cari salah orang lain bab ni memang aku tak suka sangat-sangat contohnya bila orang update status or update gambar kekadang dia akan kutuk-kutuk condem org tu tapi sebenarnya dia pun 2 x 5 macam orang tu.jenis macam ni aku rasa dorang ni tak sedar diri. bila orang lain buat sedap dia kutuk bila kena kat diri sendiri tak pe lak pastu kena kutuk melenting melanton-lanton .hmm tah pape tah.



Ada lagi satu jenis ni yang dia nak orang lain jadi macam dia contoh dia tak suka update status so dia pun tak nak orang lain update status or masukan gambar kat laman sosial dorang kalau masukkan nanti dia kutuk cakap orang tu bajet bagus lah suka show off lah. Yang paling tak boleh tahan dah kutuk hidekan pulak status tu bia geng-geng dia je boleh baca ek eleh..umpama "baling batu sembunyi tangan" (aku teringat dinding sekolah aku hahah) Jenis macam ni memang bosan... nk orang ikot style dia.Dia tak tau ke yang sekarang zaman moden semua main internet suka hatilah nak selfie ke nk buat video ke janji tak melampau dan tak mengedik sudah.setakat gambar OOTD tak jadi masalah kot... ;)

Gambar tgh beli barang dapur pun jadi masalah ke?lainlah kalau aku snap gambar tegah berak ahaha



Dah tu je aku nak membebel sebenarnya aku ni tadi baru lepas update status belambak-lambak kat moment lepas tu kawan aku sound cakap "woiii tak reti tido ke asik status ko je up"..hahaha tu yg aku terus tulis dalam blog ni kang tulis kat sana orang marah lak wat semak.kang tulis kt FB lagi teruk kena hentam so baik tulis kat sini jer hehe 


                                                                        k bui 

Pengalaman kerja sebagai call centre

Assalamualaikum..


hari ni tetiba aku rasa macam nak update pasal pengalaman aku kerja dekat call centre dulu tahun 2012 aku pernah berkerja dekat sebuah syarikat call center dekat jalan ipoh k.l tugas aku kat sana kena call orang hari-hari dan setiap masa untuk mintak diaorang bayar bil siaran TV dorang,
(A****)


Waktu aku berkerja dekat sana macam-macam perangai manusia yang aku kena hadap tapi kebanyakan yang aku call semua jenis yang kurang hajar and biadab nak dapat yang bersopan santun susah sekali, ada pulak jenis yang dah berjanji tapi tak tunaikan contohnya aku mintak dia bayar dalam minggu yang aku call tu untuk elakkan daripada kene potong atau kena denda lepas tu dorang janji nak bayar tapi tak bayar-bayar




Walaupun dorang menipu tapi kitorang ada rekod yang dorang cakap dorang nak bayar semua tu so kalau dorang dah janji cakap nak bayar memang dorang kenalah bayar kalau tidak kitorang akan call,call dan call lagi, kalau rasa memang tak boleh bayar or tak nak bayar jangan janji nak bayar tapi bagi tahu la masalah korang tu so senanglah pekerja call centre tu update masalah korang kat system

Ni meja aku, meja aku depan bilik bos.huhu nak main fon pun tak boleh =p


paling aku tak boleh tahan sekali aku pernah kena maki dengan sorang mahluk Allah ni macam biasalah aku call lepas tu aku siap bagi salam bebaik lagi


aku : Cik dah buat bayaran A**** ke?
Cust: "Kau tak boleh cakap baik-baik ke? ko ingat A*** tu syarikat BAPAK kau?!!"


PErrrrrrrrhh~~~~ kurang hajau betol minah ni aku cakap ko.waktu ni aku punya dada berdebar-debar rasa nak maki dia balik, so waktu rehat aku pegi call dia dekat public fon pastu maki dia balik haha



Kepada korang yang penah dapat panggilan daripada call centre di galakanlah supaya cakap baik-baik jangan kurang ajar sangat kitorang ada details korang katakanlah yang keje kat call centre tu jenis orang yang samseng or berdendam tak pasal-pasal dia pegi rumah korang bakar kang..
Nak macam tu? kalau tak nak gunakan lah bahasa yang sopan sikit, kalau yg si call centre ni memaksa sangat-sangat barulah korang naik angin.


muka baru lepas kena maki hahaha...


call centre ni ada dua jenis satu yg promote-promote siaran satu lagi macam aku la call untuk mintak hutang hehe.so kalau dah namanya mintak hutang memang orang akan lari dan bagi seribu satu alasan, paling aku tak suka sekali bila sampai giliran aku kena call orang KL,Shah Alam,Petaling Jaya dengan Putrajaya.. Fuhhh.. 


orang kawasan yang aku sebut ni memang nampak macam orang educated tapi biadap tak ingat!  bajet bagus je tapi kesian waktu pasang dulu tak nak baca kontrak bebtol lepas tu bill naik mulalah salahkan orang. siap nak saman-saman



Aku ingat lagi waktu tahap kesabaran di cabar oleh sorang mahluk ni dia ni ada masalah apa tah aku tak ingat tapi tak silap aku dia dah pindah rumah tapi piring A**** tu dia tinggalkan so dia tak nak bayar la sebab tak guna, yang aku ni pun terangkan la kenapa dia kena bayar  then dia jerit "EH! kau ni baik aku cakap dengan monyet la tak paham bahasaaa ke aku cakap ape. bodoh la korang ni! aku tak nak bayar!! tak nak bayar la!!" Aku dengan macam tu kau ingat aku boleh sabar? haishhh mulalah hangin aku naik lepas tu aku jerit!! sampai satu office terkejut aku cakap "Eh x boleh cakap baik-baik sikit ke!!" aku jerit sekuat hati lepas tu aku letak ganggang telipon tu hahahahah.

muka-muka yang selalu kena marah dengan customer, tapi dorang ni jenis berani kalau kena marah dorang lawan balik, kalau aku kena marah aku sabar je tapi kalau dapt yang jenis biadap memang aku biadap balik la hihi



so tu jela aku nak cerita pasal pengalaman aku, harap-harap korang yang selalu kena call dengan pihak call centre cakap bebaik la pasni dorang pun ada perasaan gak dorang cuma berkeja je yang buat syarat-syarat semua tu bos dan orang-orang besar yang call tu just pekeje biasa jer. Tapi walupun dorang keje biasa-biasa korang tak da hak la nak hina dorang ,hmm btw aku penah kena hina orang yang aku call tu cakap "kesian an korang keje macam ni tak ada masa depan tak bosan ke call orang hari-hari mintak hutang" aku senyapkan ajo sebab malas nk gado lepas tu tukar topik sebab aku sakit hati dengar dia cakap macam tu, padahal dia tak tau aku lagi kesian kat dia sebab tak reti bayar hutang hahah SEDIH!~ 


Wednesday, January 15, 2014

Genting Highland Dalam Kenangan




Assalamualikum..


Hari ni aku nak cerita pasal percutian aku kat Genting Highland hari tu,
kitorang pegi 2 hari 1 malam  aku pegi sana waktu chirstmas hari tu, memandangkan waktu cuti sekolah keadaan kat sana 
memang ramai gilo.. 



Aku pegi sana dengan family aku and Boyperen aku =p
waktu kami pegi tu musim hujan 
jadi cuaca kat Genting sangatlah sejuk dan berkabus
perjalanan nak ke sana memang tak jelas sebab kabus tebal
so bawak pun slow-slow je
kalau tak silap aku kereta cable pun di tutup sebab keadaan cuaca berkabus.




Kami booking 2 bilik hotel kat First World Hotel 
so dapat sekali free package main indoor
tapi nak main tu kena beratur bukan main panjang lagi T_T



sampai sana je terus kena beratur ambik gelang ni 

lepas pakai gelang ni kitorang pun tawaf satu bangunan kat genting tu, waktu ni napsu nak main tak ada lagi sebab ramai sangat orang dok beratur, so kitorang jalan-jalan kat kawasan luar bajet macam nak pegi tengok outdoor  tapi bila sampai je kat luar kitorang tengok kawasan outdoor tu dah hancur T_T tak ada dah permainan kat situ sebab dorang tengah renovation untuk buat Disneyland kalau tak silap aku, mungkin proses ubah suai ni makan masa 3 tahun baru siap.

Lupa nak cakap package hotel ni dia bagi 4 orang free main indoor dengan free breakfast untuk keesokan harinya, aku datang sini hari tu 7 orang so 4 orang main indoor 3 orang bersiar-siar kat tempat lain. Permainan indoor ni tak menarik sangat bagi aku biasa je rollercoster pun ada satu je itupun pusing tak sampai 3 minit tapi boleh tahan cuak dia fuhhh..tapi aku tengok budak umur 7 tahun slumber je naik sensorang aku ingat tak takot sangat tapi bila dah naik amboiiii macam nak terpelanting kauu!


Aku rasa game kat indoor tu semua aku main,kecuali yang berbayar.. boleh tahan seronok semua game kat situ tapi yang tak seronok time nak beratur jela T_T beratur lagi lama daripada main, kau bayangkan laaaa sendiri..

benda ni slow je macam bosan,
tapi bagi aku benda ni agak menakutka jugak sebab aku gayat tinggi
waktu naik ni kejung je badan aku nak gerak-gerak pun takut hehe




Lepas main benda kat atas ni aku masuk dalam wayang 4D lak (yeke 4D?) waktu masuk tu kita akan pakai sepek mata lepas tu tengok kat skrin nanti nampak macam benda timbul lepas tu kerusi kita goyang-goyang siap ada angin-angin and kerusi tu ikut pergerakan skrin kat depan. Waktu aku tengok ni skrin tu tunjuk macam kita tengah naik roller coster.




ni la kerusi dan spek mata yang dia bagi tu mula-mula naik ingatkan kerusi tu macam real roller coster rupanya tak huhu
nasib baik la, kalau tak terpelanting aku.

Bab makanan memang mahal sikit la kat sana. waktu aku sampai tu dalam tengah hari so terus pegi makan Kenny Rogers lepas tu petang baru makan nasik lemak ni nasik lemak ni memang sedap gila tapi harga dia T_T mahal sket dalam RM4.00 kalau tak salah aku,malam lak makan KFC je tapi harga KFC kat sana pun mahal jugak. Kalau nak jimat masak je dalam hotel hihi beli dapur kecik pastu masak, aku penah buat macam ni waktu pegi cameron dlu =p syokk woo.





Bila dah malam masing-masing dah penat kitorang pun pegi la berjalan tangkap-tangkap gambar waktu aku pegi banyak decoration yang cantik sebab time chirstmas.





tah pape la muka kitorang dah penat dah time ni.tumit pn macam nak pecah dah rasanya

Dah tu je nak cerita, kalau nak datang sini jangan datang time cuti awam sebab semua berkumpul dalam indoor so memang sesak dan rimas,tapi bila dah malam baru reda sikit. Kalau dulu indoor tak ramai sangat sebab ada outdoor tapi sekarang semua berkumpul kat satu tempat makanya bersesak-sesaklah anda di sana nanti.




ok bui..








p/s: aku sakit hati tengok ruang entry aku ni kecik la gambar pun jadi kecik haissssss bpe kali edit nk kasi nampak besar tp tulisan still kecik. :/






Tuesday, January 14, 2014

Sedih

T_T aku kecewa dengan blog aku.huhuh dari mula aku memang suka blog aku nampak besar,tapi lepas di design blog ni telah disumpah jadi kecik. memang lawa dan cantik tapi kecik T_T segala gambar aku akan di kecilkan sebab kalau letak besar sgt nnti terkeluar drpd kotak entry,pape pun aku kena terimalah blog kecik aku ni.hmm berpinau gak mata nak baca tulisan kecik,jadinya aku terpaksalah guna tulisan large :'( tapi nampak tak kemas
hmm sedih pedih.. 


kalau nk edit balik kena bayar lagi ak malas la nk bayar-bayar dah,aku ingat lepas buat tempahan design ak dapat macam aku nak rupanya tidak huhuh salah aku sebab tak explain saiz yang aku nak :'(





seraboooott sape leh tlg edit free blog aku ni?hahahaa

sedih ko tahu?huhuh




Blog baru 2014

Assalamualaikum..



Haaaaaaaaaaluu~ cantik tak blog baru aku ni? hahah perasan cantikkan? tapi secara jujurnya memang aku rasa blog aku ni cantik sangat sebab aku memang suka warna pink cair and biru cair sebab nampak macam lembut je kans memang sesuai la dengan watak aku yang lembut ni...hahahahahaha (tamparrrr muka sendiri)




tagline tu yg "want to be awesome girl" tu adik yg editkan blog aku ni yg reka hehe ikotkan aku manalah aku pandai nak berayat-ayat ni, wa sempoi je.








Sebenarnya blog ni blog baru aku sebab tu la follower aku ada 9org je :'( aku dah mula berblog pada tahun 2010 lagi tapi blog-blog lama aku tu tah kemana aku tak tau ada yang hilang ada yang aku lupa pasword, aku agak dah 10 buah blog dah yang aku ada, so aku harap blog ni blog terakhir aku la. Lepas blog ni di transform jadi cantik macam ni aku harap aku akan rajin update blog,Konsep blog aku akan lebih ceritakan pasal kehidupan aku supaya ada kenangan bila aku dah tua nanti hehe kalau aku marah ke apa ke memang blog ni la jadi mangsa aku ngeh.. ngeh.. ngeh...



Bila diingatkan balik rasa sayang jugak bila blog lama aku hilang sebab ada cerita-cerita zaman sekolah aku kat blog lama. Kalau nak buat entry baru pasal zaman sekolah aku rasa dah tak sama macam mula-mula aku tulis dulu sebab sekarang dah 4 tahun aku tinggalkan zaman sekolah aku so mesti ada cerita-cerita yang aku dah lupa T_T hmm tapi tak apa la sebab ada kawan sekolah aku yang dah tulis entry zaman sekolah jadi kalau aku rasa rindu kat zaman sekolah aku baca kat blog dia jela :)


Vokeyh tu je nak cerita tata berjumpa lagi di next entry hahaha macam poyo lak ayat,lantak la ok bui,


Eeeeehh sape ada blog meh bagi link kt shoutbox senang-senang boleh aku follow ^_^


Thursday, January 2, 2014

Rumusan 2013 aku

Assalamualaikum...

Seperti orang lain aku pun tak nak terlepas gak buat entry pasal new year,walaupun dah 3 hari bulan tapi aku rasa masih awal lagi kot untuk aku bercerita pasal keseluruhan yg terjadi pada tahun 2013 dalam kehidupan aku..



Manisnya dan Pahitnya 2013 sebenarnya tak terasa sangat pun sebab aku dah busy study so masa tu sekejap je berlaku,pejam mata bukak mata tahu-tahu dan nak final exam taw-taw dah cuti sem so masa tak terasa lama dan aku rasa tahun 2013 adalah tahun yg paling cepat masa berlalu :)



Kalau tahun 2012 aku sibuk dengan Giatmara dan kerja tahun 2013 aku busy study ceh...busy study la sangat hahaha...lepas tu 2013 lebih aman dong sebab hidup aku sering ditemani oleh Pidot isheeeececece,dengan adanya dia idop lebih tenang la,tapi rasanya idop aku la yg tenang idop dia huru hara kot aku buat hahaha..

Tahun 2013 genaplah setahun hubungan aku dengan pidot.
rasa macam baru semalam aku mengorat dia.tup-tup dah setahun rupanya hihi.

okeh 2013 manisnya sebab aku berani ambil tawaran makeup pengantin dan aku dah berjaya bukak bussines shawl walupun pada permulaannya tak berapa bagus sebab bergaduh bagai tapi sampai sekarang aku masih gigih meneruskan walaupun bergerak solo ^_^

Shawl Firylahijab
satu lagi nak cakap 2013 masa aku banyak berhabis dengan dak sebelah aku ni hehe
dia la housmate and motormate aku kat shah alam ^_^ walpun ada selisih faham sikit haritu tapi ok sajo.
tak seteruk kes aku dengan ex bussines partner aku.


Kesimpulannya tak ada apa pun yang menarik 2013 ni biasa je semua tak teruk sangat tak best sangat suam-suam gitchu....Tapi tahun 2014 ni bagi aku "tangga" utk aku mencari jalan, aku nk buat sesuatu and mungkin nk ubah sikit hidup aku..(ayat poyo yg biasa keluar setiap tahun baru)
so kita tengok jela apa yang jadi 2014 ni.Tapi azam paling besar aku tahun ni ak nak kawin hahha kalau tak tahun ni  2015 bulan 1 la kot =p tapi tu hanyalah rancangan dan angan-angan je sesungguhnya kita merancang tuhan yang menentukan dan sesungguhnya Allah lah yang lebih mengetahui




ok bui..