Saturday, December 28, 2013

Kisah Cintan

Assalamualaikum..

Tadi aku baru saja terbaca blog seorang budak ni.dia ceritakan kisah cinta dia dekat blog dia,bermula dari kisah cinta zaman sekolah sampailah kisah cinta zaman universiti ,katanya dia sering ditinggalkan, dan sakit di tinggalkan tu memang susah nak diterima.hurmm kisah dia ni membuatkan aku teringat dan terfikir bertapa bertuahnya diri aku ,sebab aku tak pernah ditinggalkan sebaliknya aku yang meninggalkn orang heheh

Tapi aku tinggalkan bukanlah maknaya aku mempermainkan orang tapi ada la sebab-sebab yang munasabah yang tak perlu aku critakan.....






Jujurnya aku tak pernah rasa sedih ditinggalkn seorang kekasih,tapi waktu mula-mula aku mintak putus tu memang la sedih tapi dah kehendak aku jadinya tak lah sesedih orang yang ditinggalkn,pernah dulu bekas kekasih aku mintak kat aku supaya mengaku yang sebenarnya dia yang mintak putus bukannya aku..hahah bagi aku cara dia ni just nak tunjuk dia ego.tapi orang tak pernah tahu pun siapa sebenarnya yang mintak putus waktu aku dengan dia dulu,biarlah kisah tu berlalu hehe...



Bagi pendapat aku bercinta ni kau perlu pilih orang yang betol-betol serius bukan bercinta untuk main-main,sejak dari sekolah memang aku jenis yang memilih sampai orang cop aku bajet Hot and playgurl sebab asik putus couple.tapi ada aku kesah? aku memilih untuk kebahagiaan aku gak.walaupun waktu tu masih sekolah lagi tapi aku jenis yang fikir jauh..aku tak nak laki yang jenis ambil kesempatan jenis aku aku akan cari orang yang aku boleh hormat dan orang yang hormat aku dan aku akan pastikan orang tu lebih pandai daripada aku sebab senang aku hormat dia kalau dia lagi pandai.kalau aku tanya sesuatu semuanya tak tahu macam manalah aku nak hormat..

Sekadar gambar hiasan heheh :p


Jadinya bekas-bekas pakwe aku dlu sebelum aku terima aku akan layan dorang macam kawan daripada kawan la kita dapat kenal hati budi dia..kalau tetiba ko jumpa orang kat tepi jalan or kat internet pastu ko terus kaple ko boleh ke kenal hati budi dia? Bab macam ni la yang buat orang kecewa sebab tak kenal pasangan masing-masing punya perangai sebelum bercinta.

Tapi mungkin ada orang yang jenis tak kisah kaple dengan sesapa pun janji ada pasangan dan tak single jenis macam ni aku tak nak komen sebab aku tak ada kat situasi dia.mybe dia ada alasan tersendiri nk buat macam tu.

Aku rasa nak cari pasangan carilah orang yang kita boleh anggap macam kawan,boleh cerita macam-macam hal,boleh bergurau, matang ,tak ego,tak pentingkan diri, tak baran,setia dan yang penting Taat Allah dan Keluarganya. InsyaAllah bahagia.


Dan Alhamdulillah sekarang aku bersama dengan seorang lelaki yg sangat sayang kat aku hehehdia ibarat kawan tapi macam adik beradik ibarat musuh tapi kawan baik ^_^

Harapan aku tinggi dengan dia.kalau boleh nak kawin sekarang heheh sebab segalanya memang sempurna dengan dia.
kadang-kadang merajuk 10minit tu biasala dua insan yg datang dari  kehidupan dan cara hidup yg berbeza bila berasama mmg ada kelainan tp kelainan tu yg melengkapkan.


Semoga Hubungan Ini Berakhir Dengan Pengakhiran yang Membahagiakan..AMIN...

Friday, December 27, 2013

Permulaan Aku Berhijab

Assalamualikum.

Hampir masuk tahun baru tak lama lagi disini aku nak menyatakan hajat aku untuk tahun hadapan heheh ok niat aku tahun depan nak KURUS! nak rajin,nak kawin haha.dan nak tutup aurat dengan lebih sempurna

 Bercerita tentang aurat ni aku teringat pulak sebab aku mula bertudung.sebenarnya aku free hair tp satu hari ak terfikir ak x pakai tudung bukannya lawa pun serabai je. Orang cakap tak pakai tudung boleh buat fashion macam-macam tp bagi aku tak pakai tudung lagi serabai.Jadinya aku start pakai tudung bermula dari pegi ke kelas lepas tu di lanjutkan sampai la aku pegi mana-mana pun aku pakai.




Sebenarnya sebelum aku start masuk unisel pun memang aku dah pakai tudung tapi waktu nak pegi keje je time balik keje aku tak pakai.sebabnya aku penah satu hari ni aku pegi keje naik bus lepas tu tukang ambik tiket bus tu meraba aku mmg waktu tu ramai org tp dia mcm sengaja je gesel badan dia kat aku org sebelah aku pun kena and kitorang mmg pasti yg tukang ambik tiket tu sengaja ambil kesempatan kat kitorang waktu tu aku pakai jeket tp agak ketat la dan agak menonjol la bahagian tertentu jd mmg padan muke la kena raba time tu..

Esoknya waktu pegi kerja kawan aku pun cakap dia kena raba tp dia naik bus lain .Kawan aku tu agak Hot gak la cekci ala-ala artis heheh dlm seminggu lebih kurang 2x kena raba..hmm so balik tu aku buat keputsan utk pakai tudung sebab aku pun dah 2x kena memula buat-buat macam tak sengaja tp kali ke dua aku kena tu memang aku tahu org tu saje raba bahu aku...siap cakap "Awak cantik hari ni" sambil pegang bahu aku...ewwwwwwww seram seh~ nasib pegang bahu kalau pegang benda lain mau aku histeria kt situ..

Ni fashion tudung aku mula-mula pakai time nak pegi keje.hari-hari layan bawal je 

Ni gabungan anak syiria ngn pahsmina muka aku bulat mmg tak sesuai jenis kain macam ni hmmmm...tp aku pakai jugak bia la orang kutuk aku pun janji pasmina tak jarang and tak singkat macam bawal.




Lepas aku kena raba kali ke-2 aku terus pakai tudung labuh g keje balik keje sampailah aku masuk Unisel,yg menjadi masalahnya aku ni tak reti nk berbelit-belitkan shawl jadinya aku pegi kerja pakai shawl and tudung bawal tapi tutp bahagian dada. Aku mengaku memang aku tk up to date sangat la bab-bab tudung nih...skrg ni barulah tau sikit-sikit siap jual shawl lagi tu..hehehe so waktu itu aku ada gak la kena kutuk ngn kawan-kawan aku dorang cakap aku pakai tudung mcm indonesia,mcm kelakar serabai dan paling aku tak boleh tahan ada akk opis aku ckp aku selekeh tp dpt pakwe ensem :/ hmmm so sad.

Bila tengok balik pic ni baru aku sedar kenapa orang hina aku hahaha memang selekeh pun aku pakai pashmina mcm ni hahaha,tapi aku suka pakai sebab tak perlu gosok.
Tapi walau apa pun aku tak pernah rasa macam nak bukak balik tudung aku ni sebabnya aku rasa selamat bila bertudung.maksud selamat tu...selamat daripada pandangan lelaki la..dorang tak pandang aku Bitch tp pandang aku macam pelangi.....ala-ala pelangi senjaaa gitchu... hahahah so kesimpulannya marilah berhijab labuh sampai ke dada..kalau nak cari shawl labuh boleh la search Fb aku Firyla Hijab aku mmg jual shawl ukuran 2 meter and labuh sbb senang nk ttp dpn belakang lagipun aku buat shawl ni pun sebab nak pakai sendiri so aku mesti nk yang terbaik untuk diri sendiri dan orang lain :) ok tata.

Ini pic terbaru ...dan maju sikit pakai shawl chiffon mmg best tak payah gosok lilit je. labuh and tak jarang kalau jarang pakai la anak tudung ninja ^_^

Shawl Murah, Cantik dan Labuh

Assalamualikum...


Hari ini shyla nak explain sikit pasal online shop yg baru shyla tubuhkan...lebih kurang 4-5 bulan jugak la shyla dan mula buat bussines jual shawl memula tu share ngn kawan lepas tu buat solo. Sekarang ni shyla lagi aktif dekat instagram sebab sana lebih senang nak promote sepanjang berniaga shawl ni banyak jugak kenagan manis dan pahit yg dah dilalui antara yg manisnya bila ada artis beli shawl daripada shyla ^_^ kak memeysuhaiza haritu beli 3pasang shawl and siap call lagi time tu mmg tekejut sgt! sampai ckp ngn dia pun teketar-ketar heheh...


Kenangan pahit opkos la waktu pembubaran Wish Hijab. Waktu tu banyak gak la kutukan yg didengari daripada kawan-kawan tp shyla pekakkn telinga saja :) sekarang masing-masing buat hal sendiri. 

ini kelakau...aku terpaksa jadi model utk instashop ak ni haha sbb?dah tak ada org nk jadi.. nk suruh kawan segan dlu da mtk tlg sekali takkan setiap kali ni mtk tlg an?nk suh model bayar mahal lak :/ nak letak pic shawl je nnti org suruh pakai sbb nk tgk labuh mcm mana...hmm last-last gagahkan diri utk jd model tp lihatlah muka ku yg keras kaku ni..mmg x seeesuaii gitchu..


Orite so sekarang ni malas dah nak fikir yg pahit-pahit now fokus yg manis-manis sajo.... harapan shyla tahun depan shyla nak jadi instashop yg berjaya. Antara langkah-langkah nk bagi berjaya tu dan di rancang tp nk laksankan tu mungkin agak susah .tp kite redah je...tak cuba tak tahu kans?

Jadinya untuk menuju kepada cita-cita shyla utk jadi top instashop, shyla perlukan sokongan daripada kawan-kawan jadinya silalah like page Firyla Hijab dan follow instagaram wideshawl_rm30 .Ok itu saja nk di ceritakan terima kasih kepada yg membaca dan follow Insya Allah akan ada pertandingan share and win harap-harap ada org sudi join..hadiahnya 2 pasang shawl dan satu pin tudung :) caranya mudah je nanti shyla terangkan kat entry yg lain..ok bui 

Sunday, June 16, 2013

Sebab Pointer Rendah Di IPT

Wooola~

Hari ni,dengan dukacitanya aku nak berkongsi sedikit sebanyak tentang pengalaman aku menjadi student
selama 5 bulan yg telah aku hadapi utk menghabiskan sem 1 ni.banyak jugak perkara yang aku dah perasaan benda tu menggangu pembelajaran aku,so aku nak bagi tahu tanpa segan silu bahawa senya.pointer aku rendah di sem satu :'( tapi alhamdulillah dengan usha yang last minute aku dapat la pointer yg melayakkan diri aku untuk mohon ptptn di sem hadapan hehe.so skrg ak nk tulis panjang2x pasal kelemahan aku buat masa sem 1 yg lepas supaya aku ingat kesalahan ni dan tk akan mengulanginya pun~~

FAKTOR PERTAMA KEGAGALANKU

Diawal sem semangat untuk belajar adalah sangat tinggi boleh kata hari2x gak la belek buku.hafal-hafal tapi kawan aku  time tu memain je masih bersenang lenang on9 layan bf.dan aku mula rasa tetekan sebab macam aku je yang beria-ia.Dorang walaupn tk study tapi bila disoal boleh jawab.tapi aku tak macam tu.aku bkn jenis yg senang paham bila lec aja. so ak ambik usha aku utk baca awal.tapi lama kelamaan,aku jadi segan sebab macam aku je over.dorang lek je.so aku mula mengabaikn buku-buku sehinggalah minggu final exam .



 last minute belajar meja study dah macam meja masterchef dah serabot die :/



ENDAH TAK ENDAH

Faktor lain pula,waktu ada test dan kuiz aku belajar main-main macam nak tak nak.tgk kawan tak belajar aku pun tak belajar padahal aku slow.bkn jenis yg macam dorang.so kesalahan aku kat sini.adalah aku lakukan kesilapan pertama macam aku tulis kat atas tadi :'( .Biasanya esok nak test malam baru nak baca.baca sehari sebelum test berlangsung...mmg satu perkara yang sangat kurang bijak bagi aku.sebab aku akan paksa diri utk study walaupn penat.so bila dah penat tahu -tahu jela berapa percent sangat yang boleh blend dalam otak ni.biasanya waktu nak test semua kadang2x aku masih boleh berfoya-foya dgn kawan-kawan aku,sampai malam baru nak study padahal esk tgh hari nk test mmmm mmg tak patot.......so jgn ulangi lagi.biarkan kawan yg tk study ikot cara dorang study.dorang tu mmg beruntung sbb dilahirkan pandai.

housemate sebok layan fon masing2x (sekadar gambar hiasan)

IKOTKAN PERASAAN.

Jenis aku study mmg ikot perasaan agak-agak subjek tu ak tk leh skor mmg aku akan tinggalkn terus dan pasrah je kalau gagal..cthnya macam mth tu.tapi aku tak ingat bahawa dekat U aku kena ulang paper yg gagal tu,bkn macam dekat sekolah gagal pn tk da kesan sgt.so diharap sem seterusnya aku boleh belajar secara konsisten dan belajar semua subjek secara adil ^_^,SAtu lagi bila tempat tk selesa aku mmg tak study.aku ni jenis study tk leh orang bising + tak suka orang pandang.




MAIN-MAIN & KUAT TIDUR

Yeah aku mengaku masa aku kat sana banyak habis dengan tidur dan gelak ketawa,aku rasa aku perlu kurangkan semua ini dan aku perlu buat jadual study.ada waktu untuk aku study dan ada waktu untuk aku main-main kalau tak aku 90% main 10% je study :'( see?lepas tu time nk final baru nk baca semuaaa nota baru nak buat semua nota..kau gile?mana cukup masa nk habis kat chapter yg berlambak tu dalam masa satu hari.so kesimpulan dia buat nota siap-siap sejak kelas pertama dan simpan elok2x masa final baca balik ^_^



ok tu je nk cakap buiii ngantok.

Friday, May 24, 2013

Cara Dapat Duit Bila Online Facebook,Twitter.

Wooooolaaa~

Pagi ni aku happy sangat sebab aku dapat RM2.00 dari Says,nak tau Says tu apa?Says tu  ni adalah media sharing advertisement maksudnya kita bantu syarikat  besar untuk iklankan produk mereka.Macam mana kita nak tolong?Oooo sonang je kita hanya perlu sharekan iklan,macam mana pulak nak share iklan tu an?
kalau nak share korang kena daftar diri dulu kat SINI lepas dah daftar baru boleh share iklan tu,korang akan dapat duit 20sen sekali kawan-kawan  klik kat iklan kita tu.aku ni dapat rm2.00 pn dah kecoh sebab aku baru je daftar benda ni tk sampai seminit dah dapat RM2.00 kira banyaklah tu an ^_^

Buat masa ni aku memang nak mencari duit lebih sebab nak buat belanja time kat U nanti nk keje tak sempat  sebab cuti sem kejap sangat so online jela keje aku.tak sangka lak online pon aku boleh dapat duit yahoo~~
keje die senang je pon online pastu share kat fb or twitter.cukup RM50 dah boleh cash out.tak ke best cm tu?huuh so sila-silalah mendaftarkan diri dekat Says ni kalau korang nak dapat duit lebih yerk :) dah daftar jangan pulak goyang kaki je kenalah share iklan tu taw.barulah duit masuk.

JANGAN PANDANG 20sen tu tak ada NILAI...
TAk cukup 20SEN sejuta takan jadi ^_^

Kedai Jual Handphone Secondhand Terbaik

Wooooola~
aku hari ni nak promote sikit kedai akk sedara aku dekat SG WANG PLAZA Kl. Die baru je bukak kedai handphone secondhand ori dari luar negara tak silap aku dari german. kalau nak tau lebih lanjut boleh la tanya kat fb ni Better then new. Handphone yang di jual harga berpatutan and barang baik bukan jual barang rosak kalau korang duduk luar dari kl pon masih boleh beli sebab dorang boleh pos kan HP ni guna pos laju hari ni bayar esok pos lusa dapat. ok tu je nk cite tata tq baca  ^_^

 Bold 2 RM390

Klinik Dr Hassenah

Woooolaaa~

Hari ni aku nak cerita pasal pengalaman aku buat rawatan muke dengan Dr Hassenah,first aku nak bagi tahu Dr Hassenah memang Dr yang paling baik and peramah yang pernah aku jumpa,die layan kita mcm layan anak-anak je gaya die tk macam Dr pn tp mcm gaya seorang mak nasihatkan anak huhuh best,and sebab tu la aku berulang-ulang datang ke klinik die untuk dapatkan rawatan muke kat sana ^_^

sebelum tu aku nak tunjuk dulu muke aku zaman penuh jerawat dulu 

aku mohon korang jangan muntah ni pic asli tak da edit punya hehe .


sebenarnya muka aku dah start berjerawat sejak darjah 6 lagi.tapi yang peling teruk jerawat aku keluar masa aku keje haritu mcm kat gambar ni..aku jadi cm ni pn sebab aku makan pil kurus ABC ACAI berry btw ubat tu mmg elok utk kurus dan sesuai dimakan kalau nak cepat mati hehehe..so aku dah stop makan ubat tu sebab banyak kesan tak elok and ubat tu tak da kkm pn sebenarnya.so hasil makan ubat tu aku dapatlah jadi kurus and dapat jerawat yang bertepek-tepek bernanah kat muke T_______T

oleh itu,disebabkan stress yang melampau dengan muka aku ni sebab org selalu tanya asl muka makin teruk and aku dah bosan dok explain benda yg sama so aku buat keputusan nak pegi New YOrk Skin solution tapi akk sedara aku tak kasi.die suruh jumpa DR pakar terus,so goggle punya google jumpalah fb Dr haseenah kat situ macam -macam soalan boleh tanya pasal masalah kulit korang, Dr mmg akan balas sama ada cepat atau lambat je.tp biasanya cepat je die balas.

Disebabkan Dr ni rajin layan aku kat Fb aku pn buat keputsan nak g klinik die kat kota kemuning shah alam.tapi sebelum aku pegi aku ada terbaca blog pesakit die.die kata kalau nak g klinik DR ni kna datang awal sebelum klinik bkk sebab kalau ko lambat mmg ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii gilerrr silap silap boleh membawa ke petang taw.so baik datang awal pagi.aku tiap kali pegi sna mesti dah aim nak jadi org no 1 hehehe sbb malas nk tunggu lama...

yang bestnya klinik die staff die semua peramah pastu die ada sediakan makanan kalau datang hari sabtu kenyang gak la perot aku sambil menunggu giliran aku utk jumpa DR ehhee.oooook skrg nk cerita pasal bayaran sekali buat rawatan ..hmmm ni yg tk best sebab agak mahal gak la kos die.aku rasa duit aku habis dekat ngn Rm1000++ gak.sbb prodak die mmg agak mahal la bagi org cm aku yg berkerja sambil belajau ni tp nk wat cm ne an kna korban sikit la.boleh dikatakan setiap 2 minggu aku jumpa die...tp sayangnya muke aku ni dah kebal.ubat-ubat die bagi kulit aku tak leh terima so agak slow la muka aku nk pulih ada sekali tu aku kna buat obagi peel 2x tapi muka aku lekkkkk je tk bagi kesan langsung dah la rawatan obagi tu RM300 2x buat RM600 T_T perh mmg habis duit gaji aku time tu :'(

ni bil aku buat rawatan kat sana sekali datang tak pernah bawah RM100 sbb ubat die pn mahai gak.
tp best pencuci muke ngn sunblock die.


ok sekarang ni muka aku dah elok la sikit tk da teruk sangat tp tak da la ok sangat biasa je mcm sebelum aku makan pil kurus tu,satu lagi nk cakap DR ni mmg pantang kalau kita makan ayam sbb ayam tak bagus tapi maslahnya aku tak leh tahan pantang tu so aku makan jugak sebab tu ssh nak baik muke aku ni hehehe...k la tu je nk cakap baiiii~~

wajah aku selepas buat rawatan.
HAHAHA omey tak kak TON~~~~ 
=p

Thursday, May 23, 2013

Kawan Baik


wooot woot wooooolaa~

pagi ni mood aku agak sentimental sikit lepas baca blog wirda pasal kenangan sekolah tetibe aku rasa rindu lak kat die.huhu 3 tahun lepas 2010 waktu fb baru nak up and aku baru nak berjinak-jinak dengan blog wirda lah peneman aku online sampai ke pagi :') kadang-kadang sampai subuh kitorang tak tido lagi dok stalk blog and fb orang cari fashion2x tudung yang best-best,\. time tu fb ngn blog kak fatin liyana asri la jadi mangsa,sebab time tu die sorang je yang pompuan yang bertudung and stylo time tu cik epal,hana tajima,maria elena semua x hot lagi.heheh

hmm tapi sekarang aku online sensorang je memandangkan masing-masing dah ada kerjaya sendiri an agak  payah  la nak melayan kerenah kengkawan huhuh dulu tiap-tiap hari mesti ada je post kat wall die..die post wall berbalas-balas sampai xtau nak cakap ape heheh kadang-kadang nak online pon dah rancang nk online pukul bpe.paling tak boleh belah time pagi kitorang tangkap gambar pastu masukkn kat fb gambar tu dah la muke buruk tp upload gak sebab nak tunjuk kitorang pakai baju tido sama time tu. pas dah tgk tu padam la gambar tu sebelum org kat fb bangun hahahaha lawak and best gile time tu..hari-hari buat aktiviti yg sama online online online  

dan yang paling-paling-paling aku rindu time kitorang photoshoot T___T sebenarnya sejak dari sekolah lagi aku ngn wirda mmg ske tangkap gambar memacam style la ada style emo...ada style bukak kasut kat taman klcc ada yang dalam tandas atas bumbung dalam kelas tengah-tengah terik kat dataran merdeka and memana tepat yg best.



Time form 5 karnival asrama dekat sekolah teknik bukit piatu heheh <3

hari garduasi form 5
  

jamuan asrama form 4





form 4 time hangout


lepas habis sekolah :)


kat tandas sekolah ^_^


sekarang makin besar makin kitorang tk rapat and payah nk jumpe hehe kalau jumpa pn tk tau nk cerita pasal ape sbb masing-masing dah lain haluan :'(

sekarang aku mmg x ada kawan yang boleh masuk kepala cm ni and selalu bagi semangat untuk study kalau ada pn dah renggang jugak sebab aku dah start belajar  hehe keadaan memisahkan kami huaaa T_________T yang ada sekarang bf je.tu pn bf baru hahaha <3

Kursus GiatMara Kepong Solekan Dan Terapi Kecantikan

Wooolaa~

hari ni aku nak cerita pasal kenangan aku belajar dekat GiarMara kepong.aku dekat sana ambik kos solekan dan terapi kecantikan mula-mula masuk aku ingat aku nak belajar makeup je tapi bila dah masuk kena belajar masa spa,kuku,facial semua tu..tapi best la...

target aku kat sana nak jadi pelajar terbaik,mmg aku dah aim dalam kelas aku nak duduk depan sekali,nasib baik bila dah sampai sana cikgu mmg aturkan aku dok meja depan sekali.kat giat mara macam macam aku belajar bukan setakat ilmu je aku dpt tapi aku dapat kenal macam macam jenis perangai orang and aku belajar jadi berani untuk buat pembentangan selalunya kat sekolah aku malu gile nk present tp kat giatmara aku rilex je.benda ni membantu aku bila aku kat unisel time kna present aku tk la takot sangat mcm kat zaman sekolah sebab aku dah biasa present kat giat dlu :)

time kat giat aku dapat pointer tinggi gak la 3.74 and aku dapat no2 dalam kelas  itu pon sebab aku ada skip satu exam kalau tak maybe aku dapat no satu hehe tp sebab ada satu B aku terus drop.tp tk pe la janji tak tercorot ^_^ satu lagi nak bagi tau exam die tiap tiap hari lepas cikgu aja terus jawab test soalan very the senang meh~

ni aku nak tunjuk sikit suasana time aku kat giat dlu cekidaot~


 ni kawan sekolah aku,time kat sekolah tak rapat pon tapi bila masuk giat kat mana-mana pegi mesti ngn die hehe



bebudak kelas aku


jamuan kelas tiap-tiap hari jumaat kelas aku buat makan-makan mmg best gilozz  tgk muka akk tu semangat die makan ehee


 hah ni pulak time kusus kat beaubell ,khusus untuk mantapkan lagi skill lepas tu die hantar g practikal tp aku tak g sbb ada maslah eh tp sebenarnya aku ada pegi tapi sehari je sebab aku kena paksa urut laki so aku tak nak.kat giat tak ada lak die aja urut laki dah tu apahal lak time practikal aku nak kena urut laki lak an mmg idok le komee~


tapi time kat beaubell ni banyak kenagan manis aku suke gila belajar ngn sir tu.die ajar mmg sgt sempurna sebab apa yang cikgu tak aja die ajar kita so banyak la skill lain yang aku dapat belajar kat sini mmg terbaik!



 ni masa belajar pakai pupur bahasa omputih die mask,ada banyak jenis mask ye kawan-kawan nak pakai mask kena ikot jenis kulit gak jgn main bedal jew kalau nak tau jenis-jenis mask ikot kesesuaian kulit korang leh la belajar kat giatmara or belajar ngn aku hehehe (promote)




ni time belajar kesan makeup time ni kena belajar cara makeup jadi nampak tua kena belajar cara makeup luke,pastu animasi kena lukis rama rama ke bunga pape jela kat atas muke.





 ni masa makeup pengantin
ni bilik jakuzi aku ingat lagi time belajar spa aku kena mandi bogel dlm ni,kalau sorang sorang tak pe ni kawan aku yang urut aku tu kena pantau aku time mandi kira kena jaga keselesaan aku la huhuh die ikot aku time ni aku rasa aku org paling bising sebab malu gile kot kena booooogel,hah tak lupa gak kat giat ni kena belajar urut buah dada time tu aku rasa cm nak berhenti je malu gile kena bukak baju time tu,tapi kena pasrah jela.. bila tgk org lain bukak aku pn bukak la nak tak nak kena buat sebab ada exam amali an so cikgu nak tgk kitorang buat betol ke tak ^_^ time tu tuhan je tau,nasib baik aku tak jadi model time cikgu buat demo kalau tak lagi la malu sebab satu kelas tgk kita punya aset an hehe

Orentasi Unisel Shah Alam

Woooola
Sekarang ni aku tengah cuti Sem aku cuti 3minggu je.so baru sekarang aku mengatal nak hupdate blog aku,blog pon aku dah lupa pasword so aku bukak blog baru hehe ok aku sebenarnya nak cerita pasal suasana aku belajar kat shah alam je.. 5 bulan aku kat sana macam-macam aku kena tempuh demi mendapatkan segulung ijazah T_T.

5.1.2013 tarih aku masuk unisel tarih ni aku akan ingat sampai bebiler.sbb tarih ni mmg tarih aku rasa badan aku cm nk tercabut satu persatu sebab dah terlalu penat.pagi tu aku kena daftar diri dekat unisel,pastu angkot barang balik hostel naik tangga tinggkat 3 bawak beg sebesar-besar alam tu T_T nasib kuyah tolong nak suh mak aku kesian la.lutut dah sakit.so lepas letak barang terus bekejar balik kl g bora ombak sebab akk sedara aku kahwin aku jadi pengapit kawan aku jadi MC sampai sana sedikit lambat sebb ada raptai ak tapi  dh terlepas so tk jadi raptai..dalam waktu bersiap mmg kelam kabut laaaa hoi~ 





habis majlis aku terus begegas semula balik hostel tgh tgh malam tu jugak aku balik sbb esok pagi ada orentasi sepatotnya hari daftar tu aku kna terus orentasi tapi aku mintak balik nasib lepas.kalau tak lepas aku tetap pegi gak balik kl hehehe.esoknya kol 4 pagi dah kna bangun orentasi mak aih aku sampai dalam kol 1 kol 4 pagi dah bangun mmg rasa cm x nk bgn tapi semangat punya pasal bangun gak aku.hah lupa nak cakap hostel unisel shah alam mmg So..So je kurang memuaskan tapi bila dah lama duduk ok la..x teruk sgt tapi baik-baik ada momok hihi ada je yg kna histeria aku pon pna gak kena kacau dengar dengar benda benda pelik tu biasa la.kawan aku lagi teruk nampak terus.tapi taklah teruk sangat seram die.biasa je.yang penting g sana jangan happy sgt.study and solat jgn lupa 

 ini bilik aku 3 orang dalam bilik ni T_T yg aku paling tak suke loker die kecik gile tak muat letak barang ni katil kawan aku katil aku sebelah katil die je 








pastu kat dewan unisel tu kena solat subuh dengar kuliah pastu pape tah lagi yang paling bestnya senaman pagi kena menari tomy-tomy,org bilang dan tarian tarian lain..mmg besh sgt...aku rasa time orentasi segment senaman paling besh kot

then hari first orentasi kena LDK mmg time ni rasa mcm nak gile rasa mcm dah 2 hari dalam dewan padahal baru sehari kot dewan dah la sejuk giler tp best la time ni lah boleh usya usya crush hahah tapi aku cool suke pn buat buat biasa balik ostel baru meroyan. :p

then sampai la tgh hari waktu untuk makan,pastu solat pastu sambung LDK.kena reka baju pakai surat khabar pastu buat apee tah lagi aku tak ingat tapi sehari suntuk mmg LDK je,sampai la kol 11 malam baru kitoarng balik hostel keesokkan hari ada lagi orentasi tapi kena buat apa tah aku tak ingat tapi segment ceramah pasal unisel paling bosan aku penat tahan mata supaya tak tido last last aku tido gak heheh aku rasa macam aku tak tido rupa rupanya mata aku dah tertutup sendiri.aku tak penah ngantok sampai mcm tu tapi kat unisel aku leh jadi sampai mcm tu sekali hahah nasib baik dalam kelas tak ngantok sampai cm tu :D

k la tata tu je nk cerita tata

ni group aku punya baju .dan ini ketua kumpulan aku yang sopan santun hahah adik-adik je die ni 

Tuesday, May 21, 2013

Blog ke 100

Fiiiiiiiuhh~~~~
masuk kali ini dah 10blog aku ada heheh...masalah masalah masalah aku x selalu update so aku lupa pasword ada yg sampai aku lupa yg aku ada blog tu bila dah chek kat goggle baru la tau yg aku ada blog tu huaaaa harap-harap blog kali ni boleh jadi blog rasmi aku...malas dah nak buat blog baru lepas ni..