Thursday, January 8, 2015

Bajet kahwin RM6000

Holaaaaaaa~~~

oklah hari ni aku nak cerita sikit la pasal preparation aku menjelang hari bersejarah aku dengan bakal shubern aku 20,2,2015 nih.. ada gak beberapa orang  kawan tanya aku macam mana aku dapat duit kawin and macam mana aku simpan duit Yela aku ni kan student and bakal shubern aku tu pulak fresh graduate and umur kitorang pulak sebaya 23 tahun.So jujur cakap duit simpanan memang seciput tu pun duit jual shawl. Tapi duit belanja makan and berjimba  alhamdulillah cukup.




Orite stright to the point, Aku bertunang 2 ogos 2014 aku nikah 20.febuari 2015. Gedeubuk-gedebak ada la dalam 5-6 bulan je masa utk simpan duit, bakal suami aku ni dia baru mula kerja 3hari lepas kitorang tunang so gaji dia bulan ogos la bermulanya simpanan kitorang utk kawin sampai la gaji dia bulan januari tahun ni. aku pulak tak la simpan pape sebab ak ni student cuma aku tolong dia supaya tak membazir jela hehehe =p


Berbekalkan duit simpanan yg dia kumpul selama 5-6  bulan tu memang idok la nk cukup utk buat majlis bersanding bertandang bagai. so kalau dah tak boleh nk buat majlis normal buatlah macam Diana Amir iaitu nikah je then terus jamuan makan  dengan cara tu lebih jimat and lebih mesra tetamu sebab aku cuma jemput 100 orang kawan baik and keluarga terdekat sajo.Tetamu-tetamu yg aku tak kenal memang ak tak jemput. itu pun salah satu impian aku gak la. aku tak nak majlis ak harapkan ramai je tapi yg aku kenal 2-3 orang je.




untuk bajet perkahwinan aku ni. aku cuma perabihkan RM6000 tp sebenarnya tu pun dah kira mahal gak la bagi aku sebab nikah je an pastu tetamu pun tak la ramai mana sepatutnya cost dia boleh je dalam RM2000- RM3000 atau kurang utk majlis akad nikah saje. Tapi disebabkan aku nak la jugak buat dekat tempat yang agak cantik "bagi aku" so cost buat majlis kat sana agak mahal la per pax kalau aku buat biasa je maybe boleh dapat satu kepala Rm5.00- Rm10.00 tapi kat tempat aku ni RM27.00 per pax bagi aku ok la lagi sebab jemputan tak ramai an kira masih dalam bejet aku lagila RM2700 utk 100 orang.


ikotkan kalau nikah je kat masjid then buat jamuan sikit aku yakin memang banyak duit akan save tapi....aku sebagai pengantin  memang ak nak la ada pelamin ada photographer ada videographer time majlis aku nanti tapi kalau aku tak ambik 3 benda ni memang banyak duit aku leh jimat. Tapi sebab aku fikir aku tak bersanding and majlis akad nikah ni jela satu-satunya majlis yg aku ada nanti so aku nak la benda ni ada kenangan dalam video and dalam gambar ^_^ mahal bab tu tak ape la~~
daripada aku membazir buat majlis berinai majlis sambut menantu bagai baik aku abiskn duit kat benda yg boleh disimpan lama.
tempat nikah aku Rumah Tamu Datin Halijah



Aku sure lepas ni memang ada yang orang jenis busy body yang akan mengata  kenapa tak ada majlis gilang gemilang siap ada karaoke semua tu...hmm entahlah bagi aku semua tu tak penting. Yang penting sekarang apa yang wajib . Aku rasa elok la aku kawin awal dah dedua suka sama suke. kenal lama-lama pun orang mengata gak" tak kahwin tapi hari-hari berselfie dengan pakwe makwe" emm bagi aku benda-benda tu lagi hina daripada kahwin tak bersanding :) 

so ak pilih kawin awal and elak benda tak sepatutnya,Lepas kahwin masing-masing tau tanggungjawab memasing and hidup la macam biasa then fikir utk kukuhkan ekonomi bersama lak kalau nk hua hua pun dengan suami sendiri an org nak mengata apa pun tak leh sebab dah halal ^________^


Orite tu la separuh daripada cerita kahwin aku nanti aku sambung la cerita pasai bajet-bajet kawin and list lak.. Bab ni pun ramai gak tanya berapa harga itu ini...so nanti aku share wokey?~




5 comments:

  1. Babe, Minat nak dengar cerita you. Ada pelamin ke? Sanding mlm?

    ReplyDelete
  2. ada pelamin,sanding tk da renjis just tgkp gmbr je.
    ni majlis sebelum GST tau.huhu skrg video photogrpher dh mahal :'(

    ReplyDelete
  3. ada pelamin,sanding tk da renjis just tgkp gmbr je.
    ni majlis sebelum GST tau.huhu skrg video photogrpher dh mahal :'(

    ReplyDelete
  4. Salam.. Nak tanya mahal tak kos untuk buat majlis dkt Rumah Tamu Datin Halijah ni.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..

    ~~KAMBING GOLEK HANYA RM1000 SAHAJA~~

    PAKEJ PREMIUM ANJUNG SERAI
    DEWAN 1000PAX - RM 19.80

    MENU UTAMA
    Nasi Beriani / Nasi Arab (BERAS PUSA)
    Daging Dendeng ASC / Daging Rendang Serai
    Ayam Masak Merah / Ayam Palembang
    Sambal Sotong Kering
    Masak Lemak Nenas Ikan Masin
    Dalca Sayur
    Acar Buah
    Ulaman & Sambal Belacan
    Ikan Masin Goreng
    Buah Tembikai Merah / Oren Sunkist
    Air Kordial Oren Sunquick
    Air Minuman

    TIT BITS CORNER - 400pax
    Air Teh Tarik, Cendol (Siap Bancuh)
    Bubur (Kacang Hijau / Pulut Hitam)
    Kuih Manis / Kuih Pedas

    HIDANGAN ISTIMEWA MAKAN BERADAP
    Siakap Sweet Sour, Ayam Golek Madu
    Butter Prawn, Puding Karamel
    Buah-Buahan, Jus Buah, Air Minuman

    PELENGKAP MAJLIS
    1 Set Meja Makan Beradap Beserta Dekorasi
    1 Pasang Kerusi Pengantin
    8 Unit Kerusi Banquet Bersarung & Riben
    4 Set Dome VIP Beserta Peralatan
    30 Unit Meja Bulat Beserta Alas & Runner
    300 Unit Kerusi Plastik (Sarung & Riben)
    Centre Peace Setiap Meja Tetamu
    2 Buffet Station Beserta Dekorasi
    Peralatan Buffet Golden Bell
    1 Unit Meja Hadiah
    1 Unit Meja Door Gift
    1 Unit Meja Tit Bits
    PA System & Deejay
    Kompang
    12 Orang Pramusaji
    1 Orang Ketua Pramusaji

    KELENGKAPAN PELAMIN / BUSANA
    Pelamin Dewan, Kerusi Pengantin,
    Bekas Merenjis,, Walk Way 6 Unit,
    Pintu Gerbang, Karpet Merah 80 Kaki,
    Sepasang Persalinan Sanding L&P,
    Bantal Nikah, Mekap, Hand Bouquet.

    KEK PENGANTIN
    Kek Fondant / Fresh Cream - 3 Tingkat
    Meja Kek Beserta Dekorasi

    PHOTOGRAPHY (NIKAH & SANDING)
    1 Sesi Outdoor, Softcopy Thumbdrive,
    1x Crystal Album 8" x 24"
    1x Photo Frame 16" x 24"
    1x Photo Frame 8" x 12"

    TERDAPAT PROMOSI LAIN YANG MENUNGGU****

    HUBUNGI SAYA:
    IzA 0124110390 (WhatsApp)

    ReplyDelete