Saturday, December 28, 2013

Kisah Cintan

Assalamualaikum..

Tadi aku baru saja terbaca blog seorang budak ni.dia ceritakan kisah cinta dia dekat blog dia,bermula dari kisah cinta zaman sekolah sampailah kisah cinta zaman universiti ,katanya dia sering ditinggalkan, dan sakit di tinggalkan tu memang susah nak diterima.hurmm kisah dia ni membuatkan aku teringat dan terfikir bertapa bertuahnya diri aku ,sebab aku tak pernah ditinggalkan sebaliknya aku yang meninggalkn orang heheh

Tapi aku tinggalkan bukanlah maknaya aku mempermainkan orang tapi ada la sebab-sebab yang munasabah yang tak perlu aku critakan.....






Jujurnya aku tak pernah rasa sedih ditinggalkn seorang kekasih,tapi waktu mula-mula aku mintak putus tu memang la sedih tapi dah kehendak aku jadinya tak lah sesedih orang yang ditinggalkn,pernah dulu bekas kekasih aku mintak kat aku supaya mengaku yang sebenarnya dia yang mintak putus bukannya aku..hahah bagi aku cara dia ni just nak tunjuk dia ego.tapi orang tak pernah tahu pun siapa sebenarnya yang mintak putus waktu aku dengan dia dulu,biarlah kisah tu berlalu hehe...



Bagi pendapat aku bercinta ni kau perlu pilih orang yang betol-betol serius bukan bercinta untuk main-main,sejak dari sekolah memang aku jenis yang memilih sampai orang cop aku bajet Hot and playgurl sebab asik putus couple.tapi ada aku kesah? aku memilih untuk kebahagiaan aku gak.walaupun waktu tu masih sekolah lagi tapi aku jenis yang fikir jauh..aku tak nak laki yang jenis ambil kesempatan jenis aku aku akan cari orang yang aku boleh hormat dan orang yang hormat aku dan aku akan pastikan orang tu lebih pandai daripada aku sebab senang aku hormat dia kalau dia lagi pandai.kalau aku tanya sesuatu semuanya tak tahu macam manalah aku nak hormat..

Sekadar gambar hiasan heheh :p


Jadinya bekas-bekas pakwe aku dlu sebelum aku terima aku akan layan dorang macam kawan daripada kawan la kita dapat kenal hati budi dia..kalau tetiba ko jumpa orang kat tepi jalan or kat internet pastu ko terus kaple ko boleh ke kenal hati budi dia? Bab macam ni la yang buat orang kecewa sebab tak kenal pasangan masing-masing punya perangai sebelum bercinta.

Tapi mungkin ada orang yang jenis tak kisah kaple dengan sesapa pun janji ada pasangan dan tak single jenis macam ni aku tak nak komen sebab aku tak ada kat situasi dia.mybe dia ada alasan tersendiri nk buat macam tu.

Aku rasa nak cari pasangan carilah orang yang kita boleh anggap macam kawan,boleh cerita macam-macam hal,boleh bergurau, matang ,tak ego,tak pentingkan diri, tak baran,setia dan yang penting Taat Allah dan Keluarganya. InsyaAllah bahagia.


Dan Alhamdulillah sekarang aku bersama dengan seorang lelaki yg sangat sayang kat aku hehehdia ibarat kawan tapi macam adik beradik ibarat musuh tapi kawan baik ^_^

Harapan aku tinggi dengan dia.kalau boleh nak kawin sekarang heheh sebab segalanya memang sempurna dengan dia.
kadang-kadang merajuk 10minit tu biasala dua insan yg datang dari  kehidupan dan cara hidup yg berbeza bila berasama mmg ada kelainan tp kelainan tu yg melengkapkan.


Semoga Hubungan Ini Berakhir Dengan Pengakhiran yang Membahagiakan..AMIN...

0 comments:

Post a Comment