Thursday, May 21, 2015

Honeymoon Pulau Redang #firylarayap

Assalamualikum...
Hari ni ak baru sampai kl from Redang excited nau aku nak update blog sebab takut terlupa apa yang aku alami dekat Pulau Redang.


Sebenarnya ini kira first Honeymoon aku dengan laki aku, lepas kawin aku busy kelas so cuti sem ni la kesempatan yg ada utk ak pegi honeymoon WALAUPUN sebenarnya dah ada baby dlm perut kira Honeymoon gak la ek.hehehe.

Aku plan nak pegi sana dalam 2bulan gak mula-mula survay pakej lepas tu booking and bayar deposit aku booking dekat resort Redang Mutiara kalau korang nk korang boleh search dekat FB Mutiara Redang or Redang mutiara ak lupa lak sorry, tp kt FB dia mcm tk update sgt so ambil no tu call je pejabat dia.



waktu ni laki aku dah OUT  memang legam! dah macam abg yang bawak boat kat pulau tu haha




Aku nak cerita sikit la ek Pulau Redang ni bagi aku berbeza dengan pulau-pulau yang ak pernah pegi dekat Malaysia ni, contohnya Langkawi,pangkor,Tioman, kalau dekat pulau lain ada pekan dia sendiri and ada la tempat boleh kita berjalan-jalan atas darat.

Tapi Redang ni sampai-sampai je dekat resort yang ada cuma jetty, bilik, kantin, dengan pondok reseption.Makanan lak kantin resort yg sediakan kalau dorang tak masak aku tak tau la kat mana nak beli makanan sebab belakang bilik hutan depan laut so darat tak ado kedai pun tak ado .

Kantin, makan buffet sebijik macam kat asrama :')


kalau duduk dekat resort lain mcm Laguna resort or Redang resort ak tk tau la ada darat ke tak dengar cer tempat lain ada live band and macam-macam lagi .Tapi ak syorkan untuk yang berkeluarga sesuai la stay sini sebab kat tempat ak duduk ni mat salleh kurang masa aku pegi langsung tak ada matsalleh, so org seksi pun kurang heheh best la tak ramai sangat and ada privet beach tak campur dgn resort lain siyes best gila and lebih tenang

Ni jetty resort,daripada jetty Merang terus stop kat sini and kalau nak pegi snookling pun naik jettry ni :)


Ni pulak jetty Merang terengganu,memula tengok jetty ni aku gelak besar kelakar sangat sepanjang aku pegi pulau jetty ni yang paling simple mcm tak caya je ni jetty hahah.



















Pejalanan daripada KL ke jetty Merang dalam 5-6 jam aku naik kereta bertolak pukul 10.55 malam sampai merang pukul 4.45 pagi naik ferry pukul 9.30 pagi huhu awal gila kitorang sampai so kitorang tido dulu dekat shell merang.

8.30 pagi sampai jetty merang, parking kereta and breakfast dekat area jetty bayaran parking Rm30 untuk 3 hari.

9.30 naik ferry 10.00 sampai Redang Mutiara Resort. Sampai je sana terus jadi jakun air dia Subahanallah cantikkkkkkk sesangat sangat biru macam swimmingpool siap nampak ikan lagi.




Sesampainya disana kita dihidangkan dengan makanan ringan sebelum dapat makan tengah hari so makan la roti dengan air yang dah disediakan then masuk bilik.



Untuk pengetahuan waktu kita pegi snookling eletrik akan dipadamkan sebab dorang guna generator untuk dapatkan bekalan letrik so nk cas handphone semua tak boleh time tu.Ok sampai je bilik aku tengok bilik dia tk la best sangat tapi bolehlah untuk buat tidur nak kata bersih tak bersih sangat nak kata kotor pun tak kotor sangat biasa-biasa je.

2.30 petang aktiviti snookling start semua kumpul dekat pondok reseption, ambik gogle dengan life jaket yang ni kena bayar RM30.00 untuk sewa 3 hari, lepas sewa ni bawak la masuk bilik nak pakai buat mandi depan bilik pun leh guna benda ni.

First point snookling dekat je dengan resort kitorang tapi an masa naik boat tu boleh lak boat rosak tengah-tengah laut hahahahaha nebesss mak~ time ni boat dah terhuyung hayang nasib abang-abang yg bawak boat ni ramai follow biasanya 2 orang je yang bawak. So time rosak tu dorang repair la tengah -tengah laut tu gak ada uncle cina ni siap cakap kalau tk boleh start kita dayung guna kaki sampai resort, dekat saje  -__-" yela dekat pun mau terberanak aku nak dayung pakai kaki hahaha

Masa snookling aku memang manusia yang penakut dengan air suami aku turun bawah dulu bawak camera pastu baru aku turun bila aku turun aku dok benam-benamkan laki aku sampai dia lemas hahaha errrrrr :D sorry kikiki...

Aku dah bagitau dia awal-awal aku memang takut air walaupun ada life jaket sebab aku memang tak boleh bertenang dalam air and aku cepat panik, So bila ak dok benamkan dia opkos la kena marah an then jadilah pegaduhan dalam air hahahaha tak la teruk biasa-biasa je heheh.


lawak gambar ni tapi pemandangan cantik hahah lantak la ak upload gak :p

Bila ingat balik dedua gelak yg suami aku mana nak peggang aku lepas tu nak peggang camera, aku pulak memang nak kena sentiasa peggang je tangan dia kalau tak aku mengelupur dalam air lemas abis masuk air masin dalam hidung bila aku lemas sekali lagi aku tarik kaki tangan dia apa yang sempat aku capai aku capai hahahaha so kali ni dia cakap "Dah pegi naik boat la" hahaha dedua dah telan air masin banyak sangat mata pun dah merah yg gogle aku tu rupanya bocor sebab tu masuk air. 


Waktu ni air masuk dalam gogle aku banyak gileeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeer tapi aku sabar gak sebab nak tangkap gambar,yang laki aku nak tekan button snap tu terkial-kial memang banyak kali snap tak jadi-jadi ni pun nasib je jadi huhu sadissssss lemassssss sakit hati



Habis snookling balik resort makan petang and aktiviti bebas time ni la nak mandi pantai ke nak photoshoot ke sukati hangpa la ada couple bilik sebelah aku ni baru kawin 24jam memang lepak bilik je ehemmm hmm buat apa la tu? hehe aku lak tk leh lekat kt bilik panas je hati memang aku nk lepak pantai je kalau boleh. 

Eh lupa lak nak cakap waktu balik snookling abg boat ada cakap malam tu pukul 9.00 malam siapa yang nak pegi Long Beach dorang boleh bawak tapi bayaran dia RM20 kalau lebih 8 orang pegi kalau kurang 8 orang RM26 tk silap aku. Aku memang confirm tak pegi la dah la malam-malam nak naik boat mmg idok ler siang tu boat dah rosak tengah laut kalau malam rosak macam manaaaa?? haaa??? tak nak...... terima kasih jela hahaha


Pic acah-acah wombak windu haha ni lepas mandi laut and lepas baik merajuk sebab camera under water aku rosak  :(
baru pakai sekali lak tu huahuahuaaaa sedeii...




ok meh ak cerita pasal resort dia lak,kat redang mutiara resort ni ada banyak jenis bilik ada bilik couple,untuk bertiga berempat dan untuk rombongan kalau tk salah aku,so untuk aku and couple yg lain dapatlah bilik baru untuk duduk berdua agak jauh gak la bilik aku dengan bilik-bilik jenis lain and jauh gila nak menapak pegi kantin dia dalam 300meter.

Waktu siang ok lagi time malam mak ai seram nak jalan sebab gelap pastu belakang bilik kitorang 100% hutan and ada monyet huhuh time nk tidur memang dengar bunyi buah jatuh hentak bumbung, ak yg penakut ni asik terjaga je asal terjaga aku tarik tangan laki aku hahah takut dol!  kalau ngn kawan-kawan pun aku rasa aku akan sentuh dorang sebab nak bagi rasa ada orang kat sebelah =p


laluan nak ke bilik kalau malam mmg tak lalu sini sebab takut and gelap

kat sana time malam memang hambar lepas makan malam pukul 8.00 aku terus lepak tengok bintang, langit kat sana memang cerah sebab tak ada awan macam kat kl boleh tengok bintang sebutir-sebutir jelas sangat!!  

Habis je makan and tgk bintang jalan balik bilik 300 meter :( masuk bilik amboiii!! seram kemain sunyi je yang dengar bunyi ombak dengan buah jatuh T_T nasib baik kat sana aktiviti dia memenatkan time siang so malam memang dah ngantuk leh la tidur kalau tak leh tidur pisangggg ahhh TV dah la non hado.


Pesanan untuk pecinta kucing kalau datang bawak la makanan kucing sikit sebab kat situ ada sekor kucing kesian dia ak tk tau la siapa yang bawak dia dok kat pulau tu :( aku harap ada la orang bagi dia makan.
so tu jela aktiviti hari first aku kat redang sat lagi aku sambung part II pulak :D



p/s : sorry banyak salah ejaan malas nak betulkan heheh bye

0 comments:

Post a Comment