Saturday, November 8, 2014

Aspuri Runion PD Part 1

holla....

lama berabad dah aku rasa tak hudate blog... kunun lepas cantikkan blog aku rajin la update blog...tapi harommmmm same je!! malas tetap malas hehehe...

kali ni aku nak cer sikit pasal perjumpaan aku dan kawan-kawan aspuri kesayangan aku haritu..
pada 22.5.2014 aku dan bebudak aspuri pegi bercuti ke PD walaupun bercuti ke PD je tapi....... nk plan die berbulan-bulan HOKEYH!! sebabnya kitorng ni ada yg student so waktu cuti tu tak sama ini pun ramai lagi yg tak dapat join :( Wirda and Maidah x dapat ikot.... last-last yang pegi 6 org je..tapi walaupun 6 org still HAVOC and meriah gak la...huhuh seronok gila Cadbury...

Kitoang stay dekat hotel pakcik ayu Alhamdulillah tempat dia best gak and dapat harga aku rasa murah gak la utk kitorang share berenam :)



Gambar kat atas ni bilik kitorang menghadap laut and pool syiokkk gile beb :')








 Hari pertama sampai PD kitorang pegi teluk kemang main banana boat... time ni syoookkkk gile main tapi takut pun ada yg paling tak boleh belah waktu dia terbalikkan boat tu...time nak naik balik semula aku tersangukt kat atas boat tu sebab aku tak larat nk naik atas boat hahahahah lawak la ak terdampar kat atas boat tu....yg si mira dah gelakkan aku macam nak gile...yg aku herannya kenapa aku sorang je yg tak lepas naik??hahaha abg tu tunggu lama gila utk aku naik semula atas buat tu sampai dia cakap "Tinggal jela budak ni" T____T aku apa lagi usaha gigih gak la nak naik....nasib baik lepas :'( tapi maluuuuu tertonggeng-tonggeng mcm banggang je..





Harga naik banana boat ni memula dorang nk cekik darah kitorang dia letak RM15.00 pastu kitorang tersipu-sipu macam tak jadi naik so ada sorang abang ni offer naik sekali pusing 2 kali jatuh RM10.00 so we all setuju an naik la si ayu yang paling comel tak nak duduk atas banana so dia dk dlm boat ngn abg driver and dia la yang tangkap gambar and tukang gelakkan kitorang bila kitorang kena campak daripada banana boat tu.


ok lepas main banana boat ni kitorang balik hotel siap-siap and pegi makan malam dekat kedai mana tah tak sedap langsung aku mintak sup kosong tapi dia bagi sup masam pastu dalam nasi goreng aku ada besi basuh pinggan tu --' nasib aku perasan kalau telan dah kojol dah aku malam tu..tapi sayang malam tu kitorang ber5 je yang lepak suha g dating dengan bakal boyfriend dia hahahaha (maybe) 

After makan kitorang g karok lepas 2 jam nyanyi suha datang and tambah credit jadilah 3 jam!!! fuhh suara macam nak pecah kitorang nyanyi sampai kedai tutup kol 2 pagi baru kitorang balik hotel mmg happy gila babissssssssssssssssssss~~ mira 30 minit masa baru star dia nyanyi 2 lagu pastu dia tido sampai la kiotarng habis nyanyi aku ida ayu jgn sakap la mmg gila karok dlu kat asrama mmg kitorang kaki karok kat penama ;p. Waktu ni ak tak sangka lak aina pun suka karok selama kat sekolah tak penah lak ak karok ngn dia setau aku dia komanden KRS je tk tau lak dia pn ada bakat terpendam utk karok hahahah

time ni kat karok nampak tak ?muke sengihhhh je happy kot dapat karok ngn geng aspuri aku leh jadi diri sendiri ngn dorang ni siyokk gila 3 jam karok suara macam nak pecah



ooo lupa nak cakap sebelum kitorang g karok ni kitorang shooping makanan dekat bilion pd beli barang utk break fast and makan malam utk keesokkan harinya memandangkan kitorang nk jimat so kena la beli and masak sendiri....

Esok paginya kitorang bangun awal untuk ke AFAMOSA perhhhhhhh time ni siyokkkk tak hingat tapi bab tu ak sambung kat next entry la kang panjang benau lak kalau tulis semua kat sini.

p/s: banyak gila ayat Siyookk aku tulis kat entry ni...emm heheh baca jela

Tuesday, August 5, 2014

E-Day Firdaus & Shyla (Firyla) Part 1

Wehuuuu~~
Hai blog lama dah tak menghudate penat je aku cantikkan blog ni haritu tapi biarkan bersawang jer. wokeyh terus ke titik (stright to the point) aku nk bercerita pasal perjalanan aku bertunang pada 2.8.2014 haritu..so sementara otak aku masih boleh ingat peristiwa-peristiwa waktu aku nk tunang aritu so baik aku start update sekarang..ok bersedialah utk membaca kisah berjela aku hehe..



CLASH SEBELUM TUNANG
sebenarnya selepas aku join usrah aku dah di brain wash dekat sana jadinya lepas balik daripada usrah tu aku terus mintak clash ngn chaus.. 

Waktu ni aku pn dh jarang-jarang msg dia kononnya tak nak menghampiri zina sebab tu la aku mintak putus.. then selepas putus tetiba 2-3 hari lepas clash tu Firdaus terus mintak izin dekat mak ayah dia utk bernikah dengan aku..

Masa ni aku agak mak ayah dia takkan setuju dengan hajat kami tapi... tetiba aku dapat berita gembira yang ayah dia setuju kalau dia nk kawin walaupun pada waktu ni kitorang belum habis study lagi..Alhamdulillah first step berjaya :)

HALANGAN
ok lepas dah berjaya pujuk hati mak ayah Firdaus now turn aku bagitahu hajat kami dekat mak aku pulak...then terdapat sedikit kekeliruan yg membuatkan benda jadi susah... 


Pum..pam..pum.pam dah macam tak jadi dah nk nikah aku pun macam dah tawar hati. Bila dah jadi mcm ni mood aku pun tak berapa nak betul rasa benci dengan semua orang sbab menghalang and tak faham tujuan kami..


Tapi aku faham la kenapa dorang tak kasi..mybe sebab kitorang ni student tak keje lagi..bla...bla..bla bagi dorang duit tu penentu masa depan..


YES!! aku faham semua tu tapi keputusan saya muktamad YANG ARIF dan saya tak nak guna duit mak apak pun dalam majlis ni dan sebab itulah juga tertubuhnya Firyla Hijab  dan sebab Firyla Hijab kami mampu buat majlis tu..tapi bukan la duit kami 100% ada gak duit sumbangan daripada mak ayah jugek huhuhuh




PERSETUJUAN BERSAMA

Then selepas halangan demi halangan aku dan firdaus pasrah jela dengan semua keputusan mak aku dan mak dia...then tetiba mak aku jumpa firdaus personal tanpa aku ikut..then dorang berdua je berbincang pasal tunang...

Ikutkan kami berdua memang tak nak bertunang sebab tak nak membazir and tak nak ada masalah kewangan tapi dah syarat mak aku kalau nak kawin kena tunang so aku pun layankan sajo...huhuh (kalau x tak dapat kawin acane? haaahaha) 

Lepas firdaus dgn mak aku berbincang mak aku pulak pegi berjumpa mak ayah firdaus time tu dorang jumpa dekat melaka..aku tak ikut..ni kira merisik gak kot tp kosong tak bawak pape just bicang je pasal majlis tunang..



BERTUNANG

Waktu bertunang ni Perhhhh!! Dugaan demi dugaan datang. Boleh pulek last minit org buat pelamin aku cancle waktu ni dah la hari raya so nk cari tukang buat pelamin mmg payah gilerrrr nk DIY pun susah tp alhamdulillah last-last jumpa jugak nasib aku baik la kot ada org nk tolong buat pelamin time hari raya walaupun tak macam aku nak tp kira ok la ada gak pelamin ^_^ . 

Then ada la bebenda yg temeh remeh yg buat aku stress seperti tak jumpa kerusi pelamin....pastu kemah tak jumpa then takut makanan tak cukup and so on.. :(  

Btw org yg sepatutnya buat kemah ngn pelamin aku tu org yg sama so bila dah cancle buat pelamin dengan canopy sekali la dia tak leh pasang hmmmm benggang aku!! dah tahu tak boleh pasang kenapa setuju time awal-awal an?!

Aku dah plan benda kawin-kawin ni dah lama and dah sangat terperinci so bila tiba masa hari langsung aku nak apa yang aku nak tu ada and jadi sebijik mcm aku idamkan tu yg semua orang aku kerah suruh penuhi impian aku..hahahah kejam!! tapi sape suruh aku tunang kans...so kena la ikut ckp aku pulek :p 



MAJLIS
2.8.2014 aku rasa semua ok je..walaupun aku ada sedikit tak berpuas hati sini dan sana tapi bila aku tengok gambar semua nampak lawa..soooo aku pun happy hehe...tapi sampai sekarang aku masih tak sangka aku dah bertunang...kawan-kawan pun sama ramai komen yg cakap macam tak percaya and terkejut...sebab tetiba je ak bertunang hiihi yela kecoh-kecoh nak kemana an dah tunang baru kecoh :p 
ok tu je nk cer nanti aku sambung pasal persiapan aku pulak tata ^_^

Ps: aku tak suka panggil Firdaus tu EN Tunang ewww pls la tunang sudah tak yah ber Encik-encik sgt lerr